Wednesday, November 24, 2010

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah sempurnanya kelahiran diriku,
Alhamdulillah lahirnya aku di dalam agamaMU,
Alhamdulillah sepenuhnya aku disayangi oleh kedua ibubapaku
Alhamdulillah bahagianya aku disamping keluargaku
Alhamdulillah cukupnya keperluan dan keinginanku
Alhamdulillah lancarnya kehidupan ku diwaktu itu
Alhamdulillah bermulanya aku menimba ilmu-ilmu MU
Alhamdulillah mengerti aku tentang apa itu persahabatan
Alhamdulillah dikurniakan aku atas rezeki-rezeki yang berlimpah ruah
Alhamdulillah atas rahmat serta nikmat kehidupan ini
Alhamdulillah atas dugaan/ujian yang sangat mendewasakan aku
Alhamdulillah terungkaplah segala hikmah-hikmah yang tersembunyi
Alhamdulillah atas segala peluang yang engkau kurniakan
Alhamdulillah dengan doaku yang telah engkau kabulkan
Alhamdulillah kau kurniakan aku insan yang bisa melengkapi seluruh hidupku
Alhamdulillah dengan kebahagiaan yang ku rasakan ini
Alhamdulillah atas pinjaman pancaindera ini
Alhamdulillah dengan kurniaan akal fikiran yang sedang aku guna kini
Alhamdulillah hingga kini ku masih lagi bernyawa dan biarlah kelak ku bernyawa disisiMu

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Sesungguhnya ungkapan ini tidak akan bisa habis
dan ternoktah kerana setiap detik pasti adalah pemberianMU...Walau aku mengetahui segala-galanya ini bersifat sementara & tidak akan kekal seiring dengan kehendak aku..Tetapi mengharapkan pertemuan dengan insan-insan tersayang di syurga sudah pasti aku harapkan...Andai kami ditemukan lagi disyurga kekal abadi...Sesungguhnya ungkapan ini akan terus terungkap....
ALHAMDULILLAH



Kisah Cinta Terindah






Indahnya cinta itu andai kita sama-sama turut merasa keindahan cinta itu...Bermulanya cintaku ini tanpa terduga dihati mahupun dikotak fikiran ku...Namun begitulah aku manusia biasa ingin bermula dan berakhirnya nafas ku dengan sebuah cinta yang datangnya dari redhaMU ya Allah...Maha suci Allah mengurniakan aku insan yang dapat sempurnakan seluruh kehidupan aku...Insan yang kini bergelar suami sangat membahagiakan aku dengan seluruh kasih-sayangnya diiringi ayat-ayat cintaMu...Betapanya engkau Maha Pengasih dan Penyayang....Ya Tuhan ku, aku kira begitu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan dan mungkin tidak mampu aku hitungkan...namun seringkali aku panjatkan keampunan dariMu...Lantas kau kurniakan aku seorang insan yang bagi ku begitu sempurna sedangkan aku tidak begitu sempurna...Namun aku percaya dengan ayat-ayat mu bahawa wanita tercipta dikalangan jenis lelaki itu sendiri dan begitulah sebaliknya...
Ya Allah...betapa hebat jua perancangan hidup yang telah engkau tetapkan ke atas hidupku dan aku seringkali berasa sangat bertuah dengan apa yang telah perolehi ini...Ku mohon padamu ya Allah..sentiasa lah menyatukan hati kami berdua...dan kuatkan lah hati kami menerima apa sahaja dugaan yang berlaku...Terima kasih buat suamiku tercinta kerana sentiasa menyayangi aku...Kepada ibu bapaku...Mama dan Abah yang sentiasa berkorban demi aku...sehingga disaat aku dimiliki mereka lah yang berkorban tenaga masa dan jua harta benda...terima kasih juga buat adik beradik ku tercinta...mereka yang selalu mengiringi duka dan tawaku...Mereka semua sangat bermakna dalam kehidupan aku ini...