Friday, July 8, 2011

KEHIDUPAN

Suatu pengalaman yang aku lalui amat mengajar aku erti perjalanan kehidupan ini....Betapa aku dikuasai oleh kudrat tuhan yang maha Esa...Dialah yang memberi musibah kepada aku dan dia juga memberi berita gembira buat aku serta mereka yg sabar...Sesungguhnya janjinya begitu benar dan pasti..Hikmah disebalik musibah dan kesakitan yang aku terima...pasti ada yang lebih baik atas segala yang diberikan ke atas aku...aku bertuah kerana terpilih oleh Tuhan untuk menghadapi dugaan yg besar ini...Kita terpilih abg...Kita berjaya berjaya menghadapi dugaan ini dgn senyuman walau terselit jua tangisan yang meberikan lagi kekuatan...Tangisan dari Allah SWT jua..sungguh bererti kesedihan itu...kesedihan yang sugguh INDAH dan membahagiakan....ALHAMDULILLAH...

Tika ini kuheretkan ingatanku bersama-sama seluruh jiwaku,
Teringat aku detik itu,
Tika aku menangis tanda tidak menyedari kehadiran dirinya dalam diriku,
Namun hikmahnya seribu keadaan,
Ku mohon agar ianya tidak akan berulang,
Tika aku masih lagi memberi harapan,
Sekali lagiaku diberi peluang,
Nampaknya kali ini semuanya menjadi,
pasti!aku yakin aku akan menjadi ibu,
Namun terselit jua ombak nan gelora berpusing-pusing bermain dilayar fikiran,
apakah ujian utk ku akan berulang kali ini,
Namun aku jagai,
Ku titipkan kasih dan sayang,
Ku mengharapkan segala permulaan yang indah,
Debaran makin terasa,
Namun fikiranku tetap memikirkan yang baik-baik,
Tapi semuanya kehendak Tuhan yang Esa,
Salah kah aku atas urusan ini,
Dialah yang mengkehendaki sesuatu yang terjadi,
Tidak mampu aku halangi,
Dugaan yg ku rasa sungguh hebat utk diriku,
Andai aku diberi kekayaan pangkat sekalipun,
Relaku buang segalanya kerana ku inginkan hanyalah zuriat yg soleh dan solehah yang tidak akan terpisah hubungannya andai terputus nyawa sekalipun,
fikirku itulah bekalan yg teragung,
Duhai cintaku mampukah kau bersabar?,
Ku usahakan sehingga ke hujung nyawaku utk memberi zuriat keturunan buatmu duhai cintaku...InsyaAllah...

Hadiah Besday kc


Salam...dah lama kc x update kc punye blog..hehe...rasa cepat jer masa berlalu...last post on december 2010...skrg dah julai 2011..hoho...
Banyak perkara yang leh dikongsikan..yg paling best, kc dapat hadiah dr suami tercinta on my birtday...hehe...Nokia C3..kc sayang sgt dis pinky nokia...Thanks abg...dalam hanset ni ada "note" yg kc tulis ...

" Alhamdulillah hari ini kc dapat hadiah hanset ini dr suami tercinta..Abgggg...x pernah terfikir pun utk terima hanset yg hebat mcamni.. rezeki buat sygg..sygg amat suka..tp mesti mahal kan...terima kasih abgg...hanya Allah mampu membalas segalanya...huhuk...syg abg lbih dr sgala2nya...syg pencinta abg yg setia.."