Tuesday, September 8, 2015

Bawa aku pergi

Tuhan bawa aku pergi
Andai aku tidak diperlukan

Tuhan bawa aku jauh darinya
Andai aku diabaikan

Tuhan sedarkan aku
Bahawa aku sering melakukan dosa

Tuhan bila aku sedih
Aku mengadu pada Mu

Kerana kamu sentiasa
setia menemani aku.

Tuesday, April 8, 2014

Menyusu lebih dari 2 tahun

Info from : SusuIbu.Com

Oct 23, 2012 

Baru-baru ini timbul sedikit kekecohan mengenai topik penyusuan ibu yang dibincangkan dalam program Soal Wanita di TVAlhijrah. Pelbagai reaksi telah diberikan oleh ibu-ibu rentetan komen salah seorang pengacara rancangan tersebut mengenai tempoh penyusuan ibu dalam Islam, yang dirasakan bercanggah dari pemahaman umum ibu-ibu di Malaysia mengenai isu tersebut. 

Berikut adalah maklum balas Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan TVAlhijrah, Tuan @Syed Shahridzan:

"Assalamu'alaikum wrbt....

Para penonton Soal Wanita yang dirahmati Allah,

Izinkan saya perkenalkan diri, saya seperti nama yg tertera pada FB, merupakan Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan merangkap individu yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju kandungan rancangan TV AH mengikut etika "Shariah Compliance".

Saya dimaklumkan oleh Puan Penerbit 'Soal Wanita' tentang salah faham dan sedikit kekecohan yang berlaku dalam ‘thread’ ini. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan pendirian TV AH terutamanya pihak penerbitan 'soal wanita' terhadap isu ini.

Saya telah meneliti kenyataan salah seorang hos Soal Wanita iaitu Puan Noor Layla mengenai hukum penyusuan anak melebihi umur dua tahun samaada di dalam rancangan soal wanita atau ‘thread’ ini BUKANLAH pendirian atau pegangan TV AH, di mana kenyataannya seoalah-olah Islam telah menetapkan tempoh susuan bagi bayi adalah tidak boleh melebihi dua tahun.

Saya secara peribadi melihat hujah yang digunakan dan disimpulkan secara literal tanpa merujuk kepada ahli-ahli tafsir al-Quran dan fatwa ulama yg muktabar.

Untuk pengetahuan para penonton yang budiman sekelian, ayat suci tersebut tidak memberi maksud penghadan tempoh maksimun bagi penyusuan anak, malah al-Quran menjelaskan tempoh yang paling paling sesuai dan ideal untuk kebaikan bayi.

Tafsiran sebegini dinyatakan oleh kumpulan ulama-ulama al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:
وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل
“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.

Jelas sekali pentafsiran dari para ulama al-Azhar sama sekali tidak menyatakan bahawa ayat suci tersebut menghadkan tempoh penyusuan anak.

Tafsiran ini disokong oleh, al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:
هذا إرشاد من الله تعالى للوالدات أن يرضعن أولادهن كمال الرضاعة ، وهي سنتان
‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.

Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:
وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "
‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.

Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).

Apakah hukum menyuskan anak lebih dari dua tahun?

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:
والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين
‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud:
ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره
‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’

Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:
إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه
‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’

Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:
فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة
‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.

Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.

Wallahu A'lam."

Terima kasih atas kupasan ini dan moga dapat dijadikan panduan dan kelegaan buat ibu-ibu yang mempunyai keperluan seperti yang dinyatakan.

Semoga semangat mendalami ilmu penyusuan ibu akan dapat dipertingkatkan baik dari segi saintifik mahupun dari sudut syariahnya.

No one knows

No one knows
How hard this feeling was going on
Its totally die and lost in the darkest time
How can i imagine the happiness in the brightness

I didnt attempts to live such a this life
Its really full of troubles
The life that makes me sad
All the times

No more happiness as i thought
It was really awesome
I can't rewind my life
So pity on me!

Hey!! What u have done to me
Im really down & upset
Where were you!
Such a d*mn!

No one knows
How hard im try to love this life
But it make me frustrated
With all liers full of lies

Please dont make others life be like this
Im not happy
This happen to me and
No one knows

Written by mysadness

Tuesday, December 24, 2013

KETUMBIT pada Bayi - Ibraheem

Assalamualaikum smuaa..arini kc nk crite psal ketumbit...hurm...mcmana ek nk start.. hehe..actually dah hmpir sebulan ketumbit melekat kat mata ibraheem nii...awalnye mata ibraheem nmpak cam timbul sikit jer...kc ingat kena gigit nyamuk..n tak fkir mende tu serius...tp lama2 makin membesar, bengkak & nk jadi kemerah-merahan...

Kc pon bawa la ibraheem ke klinik zalfah bangi seksyen 4..pegi klinik dr ckp ketumbit or dlm bahasa medical ialah "stye"..Dr pon bg eye ointment, antibiotic, & ubat antibiotic titis dlm mata...Dr ckapp, jangan risauu sbb ketumbit biasa jer..mmg tak bahaya & tak seriuss..so guna la dlm sminggu..tp tak menjadiii..mmg kc risauuu ...tp still think positive laa...

Bengkak makin membesar...kali ke 2 pegi klinik lain...klinik dr.zubir di bangi seksyen 15...Dr.zubir ni mmg soft spoken, mmg sgtt baikk & pandai layan budak2...Dia tgk jer Ibraheem, dia senyum & tgn dia mencapai pen...Dr teruss explain kat kami...kami pon angguk2 cuba memahami situasi ibraheem..Nk tauu apa dr explain???

"Ketumbit ni ada 2 jeniss...Stye & Chalazion...Chalazion ni terjadi bila ruang kulit tersumbat.Mgkin tersumbat dengan habuk or apa2..Jadii bila dah tersumbat minyak tak boleh nak keluar & kilang minyak tu akan jadi membengkak....Jenis yg ke 2 ialah stye..Stye nii infection berlaku kat lapisan kulit...kalo stye mmg senang sgtt nk pecah...kalau chalazion ni susahh nk pecah dan amik masa sbb bengkak tu di bahagian dlm kulit...So??!!! Ibraheem chalazion!!...Rawatan utk chalazion mcmana??? Ada 2 cara jgakkk..
1st : Tunggu pecah..nk cepatkn proses pemecahan tu ialah slalu tekan tempat bengkak tu supaya ada pressure utk tempat yg tersumbat tu ok
2nd : Minor operationn"

Alamakk...mcmanaa??? Kalo nk buat minor operation pon ok sbb ibraheem ada insurans...tpp tak sanggup laa nk tgk anak kena cucuk2 jarum kat tgn...masuk air ke apaa...sbb dia kecil lg...kc tak sanggup nk dgr tangisan dia...Kalo dr cakap tggu pecah pon ok, knapa kc tak boleh bg masa utk dia recover sndiri kn..mmg berbelah bahagi sbenarnye...Suami kc pon kalo boleh x nk ibraheem buat operation...Suami kc ckp xper mlm nii walid tekann kuatt supaya pecahh...Bukan main kuat tekan tp x pecahh pon...ibraheem plak tak nangis...mcm tak sakit jer...

Pastuu kc pon search kat internett mgkin ada bacaan atau rawatan islam yg boleh pecahkn ketumbit tuu...kita baca n minta pada Allah swt supaya cpt2 ketumbit tu pecah...akhirnya jumpa laa bacaan ayat tu...Dari Surah Al-Hasyr ( pengusiran )... Ayat 21...bermaksud...

Kc pon hafal la ayat yg 21 tuu...hembus kat mataa ibraheem..lama2...makin membengkakk...kat hujung nmpak putih2...mcm dah bernanah kat dlm..n dah masak sgtt...tunggu masa utk pecahh...cukup 1 bulan usia ketumbit tuu...akhirnya dushhhh...pecahlah ketumbittt tuuu....alhamdulillahh...awal2 keluar mcm cecair warna putih jernih...lama sikit keluar cecair putih beserta darah...lama sikitt darah n nanah...pastuu keringg berkupingg.  Still bengkak sbb x keluar smuaa lgg..

Esk kan tu kc pegi klinik ckp dah pecah...tp x keluar smua lg sbb dah berkuping...dr ckp nk sy cungkil dgn jarum ke?? Tp lagi elok kalau ibu dia sendiri yg buat...sbb tkut anak jd fobia bila jmpe dr...ok..kc pon balikk...tak brani nk buat ngan jarum...sbb kat bahagian mataa...kc pon ajak ibraheem mandii...mandi lama jgak..tempat berkupi ng tu jadi lembik..& nanah start kluar..

Esk kan...keluar darah pulak banyakk sgtt...ok dah nk keluar smua kott...akhirnyaa bengkak dah surutt...tp still ada lg x semua keluar lg...so mlm2 tu kc pon picit2 sbb nk sruh semua nanah n darah keluar...lama2 bengkak tu makin surutt...tp mmg ambil masa la nak fully recover...alhamdulillah skrg dah ok...risauu sgtt sbb tak nak buat operation...kesian ibraheem kecik lg...nnti ibu pulak menangiss...hehe..
Syukur yg tidakk terhingga...Sayang nya ibu kpd anak ni hanyaa Allah swt sahajaa yg tahu...Tak boleh nk describe...

Itu lah kisahnyee...kpd ibu2 yg mnghadapi masalah ni bnyak berdoa..minta cpt surut bengkak tuu...setiap ibu ada pengalaman masing untuk besarkan anak...semoga kita berjaya menjadi ibu yg terbaik & menjaga amanah Allah swt ini dgn baik..InsyaAllah...amin..

Thursday, July 11, 2013

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Crite yg tersimpan lama dlm draft...baru smpt publish...ok happy reading friends!

Nak dijadikan cerita, semalam 11hb Julai 2013, hari ke-2 berpuasa, adik bongsu kc >>che nur hasanah mendaftarkn dirinya ke Kuis...Cn dapat asasi pengajian islam slama 1 tahun...So kc pon join lah fmly pegi hantar che nur...maklumlahh cn ni anak bongsuu...dia plak mmg lama duk rumah..pernah dlu duk asrama masa form 1...sbb abah kena pindah grik, so rumah jauh dari sekolah...tak boleh berulang alik..terpaksa duk asrama...

Che nur ni mmg baik...mudah tolong org...kc sndiri pon byk minta tlg dia..bila dia x stay kat rumah mmg rasa sgtt rinduu...tp demi tuntutan ilmu kami smua relakan...utk kejayaan cn jugakk...

2 hari sebelum cn pegi kuis...kc tlg kemas baju2 diaa...hehe...rasa sronok kemas2 camtu sbb teringatkan waktu belajar dlu2...rasa rinduu sgt...kat apartment dia td pon kc kemas kn smua baju2 dlm almari dia...hehe....

Kc nk citer sikit pasal kuis nii..first time masuk kuis terus jatuh cintaa...kuis ni ipts...mmg fokus pada ISLAM...Mana nk carii asasi dlm bidang agama islam nii...Kc dah survey stakat nii...kalo nk masuk bidang agama islam kena masuk tingkatan 6...kebanyakan univerisiti tawarkan pengajian islam utk diploma n ijazah sahaja...xder yg tawarkan asasi kecuali UIA...UIA ada tawarkan asasi..tp asasi tu boleh jadi 1 tahun or 2 tahun...ikut pencapaian student...pulak tu...kos di UIA smua 5 tahun...laamaa & sgt amik masaa...so pilihan terbaik yg kami rasa terbaik ialah kuis....

kc doakn yg terbaikk utk che nur...gud luck sis...kuis dekat jer ngan rumah..nnti boleh slalu balik...hehe...sbb kami smua rinduu kat cnur...ok byeee...

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 2013

Ya Allah...syukur...masih lagi diberi nafas untuk melalui ibadah ramadan pada tahun ni...tahun lepas kc berpuasa masa mengandungkan ibraheem...tahun ni plak berpuasa sebagai seorg ibu yang menyusu...mula2 rasa risau jgak...takut dehydrated sbb x minum air kan.. tp tiba2 masuk jer bln ramadhan rasa bersemangat nk hadapi ramadhan thn ini dengan cemerlang...mana tahu ramadhan ni adalah ramadhan terakhir...or mana tahu mungkin tak sempat pon nk sambut hari raya aidilfitri...kematian itu pasti..kita tak mampu nk lari walaupun sesaat.

Ok...agak2 ada tak org yg menangis ketika bermulanya ramadhan? maksud kc...mungkin menangis sebab berpuasa n berbuka puasa sorg diri....atau mereka baru sahaja kehilangan insan yg mereka syg...atau sebagainya...tp terusknlah melalui ramadhan ini dengan hati yg cekal...insyaAllah Allah swt sentiasa bersama dgn kita kan...

Biasa kc kalo di bulan puasa...beli kat bazar jer...kdg2 masak jugak...tolong2 mama...bila ada anak ni nk terawih kat masjid/surau mmg x dapatlah jawabnyaa...ibraheem tido lmbat.. kdg2 pkul 2 or 3 baru boleh bngun solat tarawih...kena rajin kan diri utk berubah kan...pahala dibulan ramadhan ni mmg besar sgt...bulan Bonus Allah swt bagi utk hambanyaa...happylahh!!

Sekarang dah pkul 2.17pm...alhamdulillah masih rasa kuat... :) oklah..nk bagi ibraheem mkn tghari dlu yer...ok.jmpe lagii... :)

Saturday, April 6, 2013

Duhai Manusia

Alangkah ruginya manusia itu...mengejar-ngejar kehidupan dunia ini...padahal dunia ini sebenar-benarnya adalah rahsia...sedangkan mereka tahu akhirat itu selama-lamanya...Dunia ini persinggahan sementara utk kehidupan yang hakiki di sana...

Alangkah ruginya manusiaa...mencari kemewahan yg akan ditinggalkn didunia ini...Betapa rugi manusia yg tidak berpegang pada agama...manusia yg tidak bersungguh melakukan ibadah sebagai bekalan...Wahai manusia!mengapa kemewahan dunia yg engkau kejar?Sedangkan akhirat itu hakiki...kau mengejar dunia semata2 sedangkan kau hidup didunia hanya sementara...kemewahan mu didunia bukan menjamin hidup mewah diakhirat selama2 nya??kebahagian kamu skrg bkn selama2nya!!insan yg kamu syg pasti akan pergi kerana kematian itu pasti...pasti!

Dan tika itu pasti manusia itu akan bersedih..dan dimana perginya bahagia??bukankah itu sementara...Andai kita ingin selamat diakhirat selamanya..bahagia tanpa berduka...marilah kita lebih mengejar akhirat...bila kita mengejar akhirat pasti dunia ini menjadi persinggahan yg bermakna...

Kawan2...bekalan utk disana ada 3...anak yg soleh, amal kita & harta sedekah...Kwn2 kalo ada byk duit wakaf lah harta itu...kerana bila kita mati...pahala sentiasa smpai buatt kitaa...InsyaAllah...

Peringatan ini utk kita bersama2...buat diri kc sendiri yg sentiasa alpa & lupa...smga bermanfaat buat kita semua... Amin