

Indahnya cinta itu andai kita sama-sama turut merasa keindahan cinta itu...Bermulanya cintaku ini tanpa terduga dihati mahupun dikotak fikiran ku...Namun begitulah aku manusia biasa ingin bermula dan berakhirnya nafas ku dengan sebuah cinta yang datangnya dari redhaMU ya Allah...Maha suci Allah mengurniakan aku insan yang dapat sempurnakan seluruh kehidupan aku...Insan yang kini bergelar suami sangat membahagiakan aku dengan seluruh kasih-sayangnya diiringi ayat-ayat cintaMu...Betapanya engkau Maha Pengasih dan Penyayang....Ya Tuhan ku, aku kira begitu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan dan mungkin tidak mampu aku hitungkan...namun seringkali aku panjatkan keampunan dariMu...Lantas kau kurniakan aku seorang insan yang bagi ku begitu sempurna sedangkan aku tidak begitu sempurna...Namun aku percaya dengan ayat-ayat mu bahawa wanita tercipta dikalangan jenis lelaki itu sendiri dan begitulah sebaliknya...Ya Allah...betapa hebat jua perancangan hidup yang telah engkau tetapkan ke atas hidupku dan aku seringkali berasa sangat bertuah dengan apa yang telah perolehi ini...Ku mohon padamu ya Allah..sentiasa lah menyatukan hati kami berdua...dan kuatkan lah hati kami menerima apa sahaja dugaan yang berlaku...Terima kasih buat suamiku tercinta kerana sentiasa menyayangi aku...Kepada ibu bapaku...Mama dan Abah yang sentiasa berkorban demi aku...sehingga disaat aku dimiliki mereka lah yang berkorban tenaga masa dan jua harta benda...terima kasih juga buat adik beradik ku tercinta...mereka yang selalu mengiringi duka dan tawaku...Mereka semua sangat bermakna dalam kehidupan aku ini...
0 comments:
Post a Comment
Utusan rindu buatku <3