Sunday, July 8, 2012

Hati Ku di Kinabalu



Salam buat sahabat-sahabatku sekalian...

Kc hanya nk berkongsi satu drama yang sgt2 menyentuh perasaan kc...bagi kc cerita ini sangat2 terkesan didalam jiwa kc...sampai kc menangis teresak-esak...huhukk...Bagi kc, cerita ini sangat2 sesuai utk mereka yang dah kahwin...yang sudah bergelar seorang suami atau isteri...huhu...

Alkisahnya...suami kc bagitau kc, tgk lah citer ni...sedih sgt...psal suami isteri...cerita ni ditayangkan @astro citra...So, kc pon tgk lah...seorang lelaki pon boleh rasa sedih, inikan pula kita perempuan yg mmg mudah tersentuh hati kn...

Lepas kc tgk cerita ni, kc rasa tertanya2...if sesuatu keadaan itu terjadi didalam rumah tangga kita siapa yang bersalahh?? suami atau isteri?? atau mmg segalanya sudah takdir?? Bolehkah kita sebagai isteri menerimaa segalanyaa walaupun segalanya bukan kehendak suami...keadaan yg memaksanya...hehe...Boleh plak kc tanya suami kc " If jadi mcm dlm drama tu, abang akan buat mende yg sama ke??" suara tersekat2 sebab sebakk sgt...Suami kc ckp "Jangan fikir bukan2lah...tu cerita jer..." hehehe....oklah kc plak teremosi lebihh...hihi

Jangan lupa download & saksikan drama ni tau...hehe...tak rugi..banyak pengajarannya buat kita...lakonan yana & zul pon mmg best sgt2...cool sgt2...nmpak real kot..hehe...

SINOPSIS

Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar (Zul) dan Qistina (Yana) hangat bercinta ketika di zaman kolej dan kemudiannya berkahwin. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius selepas diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dan pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.

Keadaan menjadi rumit selepas Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.

Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. pada masa sama, Maya tidak boleh menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.



1 comments:

LUVLORNSHIDA said...

teringin la nk tengok jugak..

Post a Comment

Utusan rindu buatku <3